Kejayaan tidak datang bergolek

Kejayan bukan datang bergolek

Kejayaan bukan berada di jalan yang mudah. Ia memerlukan banyak perkara yang harus dilalui untuk mencapainya. Kita harus sedar yang ia akan mengheret kita turun ke lembah yang dalam & juga memaksa kita memanjat ke puncak yang tinggi.

Sudah pasti ia menuntut kita mempergunakan segala kemahiran & idea untuk terus ‘survive’ sepanjang perjalanan.

Jangan berhenti berimpian

Impian membantu kita kekal dalam momentum yang betul sepanjang trek. Percaya dengan impian & keupayaan diri, lakukan sahaja. Pedulikan apa orang nak kata. Kita hidup atas usaha kita, bukan atas kata-kata orang disekeliling kita.

Jangan biarkan sesiapa menghalang kita mengejar impian kita. Sama ada kawan kita, keluarga kita atau guru kita. Kita harus memahami yang hanya kita sahaja tahu betapa pentingnya sesuatu tindakan itu harus diambil untuk menuju kejayaan.

Orang hanya akan berhenti berkata apabila kita berjaya sampai ke puncak, hanya selepas kita selesaikan tugas kita. Namun selepas itu, mereka akan terus mengata lagi. Jika kita ambil masa terlalu lama mendengar kata-kata mereka, ia hanya membuang masa kita. Ia merugikan & melemahkan kita.

Pesan Jack Ma

Dalam satu wawancara antara pengacara & Jack Ma, saya terkesan dengan soalan & jawapan antara mereka. Apabila pengacara bertanya mengapa Jack Ma berani memulakan Ali Baba sedangkan ramai yang takut memulakannya, ini jawapannya.

” If you don’t do it, nothing happens. But if you do it, at least you have a hope”

Jawapan yang ringkas, Tapi penuh dengan pengajaran. Sekiranya kita tak melakukannya, tiada apa-apa pun yang akan berlaku. Namun sebaliknya, jika kita berani memulakannya, sekurang-kurangnya kita mempunyai sedikit harapan.

Katakan kita gagal sekalipun, itu bukanlah pengakhiran hidup kita, banyak pengajaran yang boleh kita ambil & belajar daripadanya. Ingat satu perkara, yang manusia belajar tentang hidup serta kejayaan lebih cepat dengan melakukan kesilapan daripada perkara yang betul.

Cuba, cuba & terus cuba. Jangan sesekali berputus asa. Kita hanya mengetahui sejauh mana kemampuan kita dengan kita memulakan sesuatu. Habiskan setiap pekerjaan. Tanam dalam fikiran yang hanya ‘loser’ yang buat kerja separuh jalan. Pemenang akan mengambil apa jua jalan untuk memastikan sesuatu tugasan itu dapat disiapkan.

Jika gagal, cepat bangkit & cari jalan lain. Terlalu banyak cara untuk berjaya. Dengan syarat kita tidak mudah berputus asa. Betul ia sukar, tapi ingat kembali sejauh mana sudah kita berjalan. Alangkah ruginya jika sudah separuh jalan kita lakukan sesuatu, tiba-tiba kita berhenti.
wakafsedekah.com/3324http://wakafsedekah.com/3324

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pokya Cong Codei

Pendapatan Pasif